1.0 PENGENALAN
Majlis Pemimpin Persatuan Fakulti (MPPF) dicadangkan kewujudannya untuk menyediakan medium
perbincangan dan perkongsian maklumat di antara MPM dan persatuan akademik dan kelab di fakulti.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Naib Presiden Fakulti dan terdiri daripada semua Ketua Fakulti
MPMUTM, Majlis Eksekutif atau Majlis Tertinggi persatuan akademik fakulti.
2.0 MATLAMAT PENUBUHAN
Menjadikan MPPF sebagai satu platform untuk memperjuangkan pembangunan kualiti
kebajikan dan akademik mahasiswa melalui kerjasama erat antara MPM UTM dan persatuan fakulti
(Persatuan Akademik ).
3.0 OBJEKTIF
3.1 Mengkaji dan meningkatkan kualiti berkaitan akademik mahasiswa secara holistik (JERI)
3.2 Mewujudkan hubungan dua hala antara MPM UTM dan persatuan-persatuan akademik di
fakulti untuk membincangkan isu kemahasiswaan di dalam kampus yang bersifat semasa
(medium pertukaran buah fikiran )
3.3 Meneliti dan membangun aspek-aspek penting berkaitan kebajikan mahasiswa di fakulti-fakulti.
3.4 Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan MPM dan persatuan fakulti dalam
mencapai visi dan misi univesiti
3.5 Pihak Persatuan fakulti member kerjasama dan komitmen terbaik terhadap MPM UTM dalam
penyelarasan aktiviti-aktiviti antara semua fakulti untuk meningkatkan kualiti pembangunan
mahasiswa
.
4.0 BIDANGKUASA MPM DALAM MPPF
4.1 Memastikan kelancaran aktiviti mahasiswa di fakulti.
4.2 Bekerjasama dengan HEMA agar kebajikan dan hak persatuan terjaga.
4.3 Menyampaikan info semasa kepada persatuan untuk kebaikan bersama.
4.4 Naib Presiden Fakulti – rujuk perkara 5.0
4.5 Ketua-Ketua Fakulti –rujuk perkara 6.0
5.0 PORTFOLIO NAIB PRESIDEN FAKULTI
5.1 Berurusan secara terus dengan pentadbiran fakulti dalam menjaga dan merancang peningkatan
kualiti kebajikan mahasiswa dan persatuan mahasiswa.
5.2 Memantau hal ehwal akademik berkaitan persatuan, mahasiswa dan pentadbiran fakulti.
5.3 Mengawal selia Ketua-Ketua Fakulti.
5.4 Memantau dan mengawal selia aktiviti-aktiviti persatuan fakulti.
5.5 Mempengerusikan Majlis Pemimpin Persatuan Fakulti (MPPF).
5.6 Saluran utama pengaduan mahasiswa di fakulti.
6.0 PORTFOLIO KETUA FAKULTI
6.1 Membantu Naib Presiden Fakulti dan persatuan dalam menyuarakan pandangan untuk
pembangunan mahasiswa.
6.2 Sebagai medium pengantara dan penyampai maklumat dari pihak universiti mahupun MPM
kepada mahasiswa di fakulti masing-masing.
6.3 Mengawal selia dan mengetuai pergerakan MPM di fakulti.
6.4 Mengemaskini papan kenyataan MPM dan membuat hebahan program/maklumat di fakulti.
6.5 Bekerjasama dengan persatuan pelajar di fakulti dalam agenda kebajikan, akademik dan isu-isu
semasa.
6.6 Mengumpul dan mendapatkan maklumat berkaitan fakulti serta maklumat dan aktiviti
persatuan mahasiswa di fakulti masing-masing.
7.0 STRUKTUR ORGANISASI MPPF
8.0 MODUS OPERANDI DI MPPF
8.1 Mesyuarat rasmi berkala yang dirancang sekurang-kurangnya 1 semester 2 kali atau mengikut
tuntutan semasa.
8.2 Mesyuarat tambahan adalah mesyuarat khusus bagi menyelesaikan sesuatu projek atau isu .
8.3 Menyediakan kertas kerja secara bersama atau persendirian dalam mengutarakan permohonan
dalam pembangunan mahasiswa.
8.4 Mengukuhkan jaringan perhubungan dalam membantu menjayakan segala misi samada
persatuan atau bersama dan menjana perkongsian pintar antara pemimpin mahasiswa.
8.5 MPPF membantu menyediakan laluan kepada semua ahli untuk terlibat dalam apa-apa program
yang dapat membantu pembangunan mahasiswa.
8.6 Menjalankan program,kempen, penyebaran maklumat dan apa-apa usaha dalam menjayakan
peranan MPPF dalam membangun mahasiswa.
9.0 PERANAN UTAMA KERJASAMA KETUA FAKULTI DAN PERSATUAN FAKULTI
9.1 Membantu pihak pentadbiran fakulti dalam menjaga kebajikan mahasiswa di fakulti.
9.2 Membantu menggerakkan agenda pembangunan mahasiswa yang disuarakan oleh mahasiswa
dari segi pembangunan akademik secara menyeluruh.
9.3 Bergerak bersama MPPF dalam menjayakan suatu agenda besar dalam pembangunan
mahasiswa dan UTM umumnya.
10.0 PERSEFAHAMAN
10.1 Persatuan akan berkongsi salinan terkini carta organisasi, minit mesyuarat Agong dan takwim
aktiviti persatuan bagi sesi yang sedang berlangsung. (hebahan dan perkongsian)
10.2 Persatuan fakulti boleh meminta MPM UTM untuk membuat hebahan terhadap aktiviti yang
bakal dianjurkan secara formal atau tidak.
10.3 MPM akan menyalurkan maklumat terkini tentang perancangan dan aktiviti yang akan dilakukan
oleh MPM mahupun universiti.
10.4 MPPF tidak berperanan untuk menentukan jenis atau bentuk aktiviti yang perlu dilaksanakan
oleh persatuan fakulti.
10.5 Sebarang aktiviti tidak memerlukan kelulusan MPPF.
10.6 MPM dan persatuan fakulti digalakkan untuk membuat program secara bersama atau anjuran
bersama.
10.7 Persatuan dan kelab di bawah setiap fakulti akan menjalankan fungsi sebagaimana didaftarkan
melalui HEMA dan tidak perlu digabungkan antara satu sama lain.
10.8 Persatuan yang berdaftar untuk menyertai MPPF akan menerima bahan mesyuarat secara rasmi
dan akan menerima jemputan khas pada setiap mesyuarat.