Saturday, 1 October 2011

0
Komen
Persatuan Pengurusan Teknologi (STRATEGI)

There will be a national event coming up organised by OSK Berhad:

Title : OSK Investment Seminar

Date : 8 October 2011
Venue: Level 12, Seminar Hall, Wisma MCA 163, Jalan Ampang

Time: 9a.m.-12p.m.

It is FREE of charge and open to all students and lecturers. Further information could be obtained from https://www.facebook.com/event.php?eid=299125606768992. So, see you there!!!

Si Chun Siang,
President of STRATEGI Society (FPPSM)

Sunday, 25 September 2011

0
Komen
ACCA Careers 2011

There will be a national event coming up organised by ACCA Malaysia:

Title : ACCA Careers 2011
Date : 1 October 2011
Venue: Hotel Istana Kuala Lumpur
Time: 11a.m.-5p.m.

It is FREE of charge and open to all students and lecturers. Further information could be obtained from http://www.accaevents.com.my/key-events/acca-careers-2011. So, see you there!!!

SI CHUN SIANG,
President of STRATEGI Society (FPPSM)

Thursday, 22 September 2011

0
Komen
Pengumuman Penting

1.Kursus Elearning & UTM Short Courses for mahasiswa tahun 1.
26-27/9/11.
Masa : 9am-5pm (setiap kursus telah dipecahkan masa2nya)
Student ICT Service Centre

2.BRIEFING & WORKSHOP
"HOW TO CONDUCT PSM"
Attention to all students who take undergraduate project1 ugp1
28/9/2011 (WEDNESDAY)
1-2.30 p.m
DK7,N24

sebarkan.

Tuesday, 20 September 2011

0
Komen
OSK Investment Challenge (OSKIC)

There will be a university event coming up with the partnership of OSK:

Title : OSK Investment Challenge (OSKIC)
Date : 29 September 2011
Venue: FPPSM, D05 Ground Floor (Bus waiting area)

It is FREE of charge and open to all students and lecturers. Further information could be obtained from www.oskic.com. Mini games will be conducted with attractive prizes to be given away. So, see you there!!!

SI CHUN SIANG
President of STRATEGI Society (FPPSM)

Monday, 19 September 2011

0
Komen
Perjumpaan Bersama Dekan FKM

16 Mac 2011 -  MPM dan persatuan-persatuan di dalam Fakulti Kejuruteraan Mekanikal telahpun dijemput untuk menghadiri satu pertemuan bersama Dekan FKM dan staf. Terdapat banyak perkara yang dibincangkan dan sesetengah darinya cukup menguntungkan untuk pihak mahasiswa sendiri.

Perkara yang utama ialah mengenai pemahaman mahasiswa FKM mengenai OBE (outcome based Education ). Dari 98 responden, boleh dikatakan hampir 70% tidak memahami secara tepat apa itu OBE. Malah,kami juga turut mendapatkan maklumbalas dari pihak mahasiswa sendiri untuk memperbaikinya.kerana biarlah kita turut sama memberi solusi untuk kebaikan bersama.

1. Isu Parking
berkenaan isu parking,bukan sahaja mahasiswa mengalami masalah berikut,malah staf sendiri turut mengalami masalah yang sama. Sehinggakan ada pensyarah-pensyarah yang mengadukan permasalahan ini kepada mahasiswa di dalam bilik kuliah sendiri. Setakat ini, tempat parking untuk mahasiswa FKM khususnya kereta boleh diletakkan berdekatan dengan makmal dan bangunan baru FKM.

2. Post mortem Pilihanraya Kampus
Alhamdulillah, PRK kali ini, FKM berjaya mencatatkan peratus keluar mengundi sebanyak 84% dan turut mendapat pujian dari pihak jawatankuasa di atas kelancaran sistem pembuangan undi di FKM berbanding di fakulti lain. Dekan FKM, Dr Roslan sendiri mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada mahasiswa yang keluar mengundi pada hari tersebut.

3. Status Blok Baru FKM
Menurut respons dari pihak fakulti, insyaAllah mereka akan mula mengambil alih bangunan tersebut dari kontraktor pada Julai 2011. Bangunan tersebut dilengkapi dengan 2 Dewan Kuliah yang besar, surau, bilik kuliah, makmal untuk bendalir dan pejabat akademik akan terus kekal di blok lama, untuk memudahkan pengurusan.


4. Kempen tentang E-PPP kepada Mahasiswa
FKM mengalami peratus yang kecil yang mengisi E-PPP pada semester lepas. Oleh yang demikian, di harap semua mahasiswa FKM dapat menilai pensyarah anda melalui E-PPP kerana ia merupakan hak anda untuk menilai. Jika tidak untuk anda, fikirkan untuk generasi selepas ini yang akan menuntut di FKM sendiri.

5. Tabung Amanah Fakulti
FKM mempunyai sebuah tabung khas untuk membantu mana-mana mahasiswa yang mengalami kesulitan kewangan. Namun, sumbangan ini bukanlah berbentuk pinjaman mahupun biasiswa,tetapi sekadar wang ihsan untuk diberikan kepada mahasiswa yang benar-benar memerlukan. Tabung ini adalah hasil derma dari pensyarah-pensyarah dan staf FKM dan mana-mana mahasiswa yang berminat memohon, boleh terus merujuk kepada pejabat mahupun kepada MPM sendiri.

6. Pengambilan untuk sesi 2011/2012
Pengambilan mahasiswa untuk sesi akan datang akan mula dikurangkan untuk memenuhi status Universiti Penyelidikan, di mana 50% mahasiswa yang menuntut di dalam universiti berikut merupakan mahasiswa "post graduates". Oleh yang demikian, untuk mencapai sasaran berikut, ada sesetengah program/ kursus akan digabungkan dan kemungkinan juga ada yang akan ditutup. dan bagi untuk mahasiswa dari Diploma UTMKL, pihak fakulti hanya mengambil mereka yang benar-benar layak sahaja.

7. Mahasiswa Memohon Latihan Industri Selama 6 Bulan
Perkara ini sudahpun mendapat respons dari pihak fakulti, dan fakulti mengatakan Latihan Industri hanyalah sebagai pendedahan. Badan Akreaditasi Jurutera ( EAC) sendiri hanya mencadangkan agar Latihan industri selama 8 minggu dan UTM sendiri memilih untuk diadakan selama 10 minggu. Ini adalah kerana pihak fakulti terikat dengan insurans yang hanya membenarkan sehingga 10 minggu sahaja.

8.Permasalahan Waktu Operasi Kedai Buku dan Perpustakaan FKM.
Pihak fakulti menghadapi masalah dari aspek "man power" untuk menjaga kedai buku di FKM. Oleh yang demikian, saya sendiri mencadangkan agar diambil mahasiswa untuk bekerja di bawah skim pelajar bekerja. ini bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik dan untuk mengelakkan mahasiswa ponteng kuliah semata-mata untuk meminjam sesebuah buku di perpustakaan.

9. Perpindahan/Pengecualian Kredit
Dalam isu ini,pastinya mendapat respons yang tinggi dari mahasiswa yang merupakan kemasukan dari diploma. Terdapat 4 perkara yang menyebabkan hanya beberapa subjek sahaja yang dibenarkan untuk dikecualikan .
a) Gred yang diperoleh
b) Soalan Peperiksaan
c) Peratus subjek yang dibenarkan untuk dikecualikan dari keseluruhan jam kredit program telahpun dikurangkan dari 50% kepada 33%. Keputusan ini dibuat oleh EAC sendiri.
d) Silibus itu sendiri

Maka, saya melihat isu ini perlu dipanjangkan ke pihak fakulti di UTM IC khususnya agar sistem soalan peperiksaan dan silibus itu sendiri mengikuti piawaian dan ketetapan yang sama di UTM JB.

10. Permasalahan untuk Bilik Persatuan, jadual kelas 'clash'
Untuk hal ini,kita amat berharap apabila blok baru FKM nanti mula beroperasi,masalah ini tidak lagi timbul.dan bilik rehat pensyarah akan dijadikan bilik mesyuarat untuk mana-mana persatuan di FKM.

Untuk jadual kelas yang 'clash', pihak FKM menghadapi masalah kekurangan kelas kosong. Maka,dengan berlakunya pengurangan pengambilan mahasiswa pada sesi akan datang dan pembukaan blok baru, maka insyaAllah masalah ini akan selesai.

11. Cadangan/ Perkara Berbangkit
kami di pihak MPM FKM ada mencadangkan untuk mengadakan Hari Keluarga untuk fakulti yang melibatkan kerjasama dari persatuan-persatuan dan fakulti sendiri. Ini selaras dengan hasrat Datuk NC sendiri untuk menghasilkan program secara bersepadu.

Kami juga turut meminta agar apa sahaja mesyuarat yang melibatkan soal akademik atau apa sahaja di fakulti ,untuk meminta wakil dari mahasiswa sendiri untuk mendengar pendapat dari mahasiswa, kerana yang belajar dan melalui sistem ialah mahasiswa itu sendiri.

Kami juga turut meminta agar memperkasakan sistem Penasihat Akademik,bukan sahaja sekadar menandatangani borang pendaftaran subjek. Kami meminta agar diadakan hari bersama P.A mungkin sebulan sekali ataupun yang difikirkan perlu.

Dan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas mesyuarat itu,saya telahpun menghantar laporan mengenai respon pemahaman mahasiswa FKM mengenai OBE dan beberapa cadangan penambahbaikan kepada Timbalan Dekan Akademik sendiri. Sesiapa yang inginkan laporan tersebut,boleh menghubungi saya.

0
Komen
MPPF Sidang 01

Minit Mesyuarat Pengerusi Persatuan Fakulti Sidang 01

PENDAHULUAN
- majlis dimulai dengan bacaan doa
Agenda Mesyuarat:

1.Pengenalan
saudara Afdhaluddin menerangkan serba sedikit mengenai fungsi MPPF.

2. Perkongsian Ilmu dan Maklumat
- setiap persatuan akan berkongsi maklumat mengenai program yang mereka anjurkan di dalam satu blog yang dihubungkan melalui website MPM
- Penggunaan Google Calendar
- Penggunaan Group FB MPPF
- Rakaman video pengerusi persatuan untuk dimuat naikkan di dalam internet.

3. Peranan Ketua Fakulti dan Jabatan Pembangunan Akademik dan Kepimpinan (JPAK) MPM
- Ketua fakulti akan sentiasa berhubung dengan persatuan/kelab di bawah fakulti.
- sebarang permasalahan boleh terus diadukan kepada saudara afdhaluddin di emelnya ataupun kepada ketua fakulti masing-masing
- saudari Ain Kadir menerangkan mengenai peranan JPAK dalam membantu persatuan-persatuan

4. Perkongsian mengenai method dalam melakukan pengaduan.
-penggunaan aduan.utm.my
-Sistem merit yang akan dijalankan di UTM
- mempromosikan group FB MPM Bersama Mahasiswa UTM

5. Mesyuarat Kebajikan Mahasiswa
- sebarang cadangan,usul atau penambahbaikan untuk UTM bolehlah diemelkan kepada saudara afdhaluddin dan meliputi 3 aspek ; usul,justifikasi dan bukti(gambar,survey dll)

6. Parlimen Mahasiswa
- masih dibincangkan dan maklumat mengenai perkara ini akan diemelkan kepada semua yang hadir.

Sesi Soal Jawab
- mempertimbangkan sistem merit untuk mahasiswa yang aktif di dalam fakulti dan persatuan untuk mendapat kuota pengetua kolej.

Lain-lain
- Kamil Zakwan (MPM FKE) telahpun memuat naikkan slide mengenai taklimat TECS tempoh hari di group FB MPM Bersama Mahasiswa UTM
- Cadangan oleh saudara Afdhaluddin untuk UTM melakukan satu ujian sebelum mahasiswa UTM menjadi graduan. Kajian akan dibuat dan sebarang cadangan soalan bolehlah diutarakan dan diemelkan kepada saudara afdhaluddin.


PENUTUP
- saudara afdhaluddin menutup dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah al -asr